Friday, September 28, 2012

Red Velvet Untuk Zura

Salam,


Red Velvet nie diorder oleh Zura tauke kedai DZue's Lovely Cottage, Bertam Putra. Kedai ni kan menjual barang-barang untuk perkahwinan, pertunangan dan segalanya. Barang-barangnya pun cantik-cantik belaka. Dan mas sangat bangga ada anak melayu yang boleh memberi saingan dalam bisnes ni yang mana sekarang banyak kaum lain mempelopori bisnes ni walaupun pelanggannya adalah 100% melayu. Oklah zura...katanya nak rasa red velvet nie...tengkiu ya atas pujian mu itu...mmuaahhhh...mmmuaahhh love u...


Nabil Is 9

Salam,

Untuk kesekian kalinya... dalam minggu nie yang 'hectic' dan penuh dengan dugaan yang menimpa-nimpa,'chek' mas ni rasa berjalan pun dah tak macam orang dah...huhuhuhu...tapi rasanya merangkak macam spiderman (tapi takdan lagila merangkak..baru je berjalan menunduk je...hehehe)...tapi tak apalah...janji semuanya settle dengan menanganinya dengan cara yang paling baik...Alhamdullillah..sekarang..semuanya settle...terima kasih Ya Allah..

Oklah...untuk tempahan kali nie datangnya dari Puan Siti yang tinggal di Kuarters ILP (Institut Latihan Perindustrian) Kepala Batas untuk anak lelakinya, Nabil yang menyambut ulangtahunnya yang ke-9. Nabil nie adalah best friend kepada anak mas, Imran. Imran ni mintak kat mas nak tukang jadi 'promoter kek' mamanya kat sekolah...hihihi...siap dia nak edarkan business namecard mama dia kat kawan-kawannya..."Tapikan mama,,,imran promote ni bukan free tau...kena ada komisen...kalau kawan imran order...jalan komisen imran naa..." Adehhh!!!kecik-kecik pandai dah cari duit...mama pun dah 'poning'...Untuk Puan Siti..terima kasih ye...dan untuk Nabil..semoga menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat..amin...



Monday, September 24, 2012

Anis Is 6

Salam,


Birthday cake princess yang ada tiara kecik ni diorder oleh Ita dari Bertam Perdana onbehalf untuk anak saudaranya Anis yang menyambut hari lahirnya yang ke-6. Untuk Anis...Happy Birthday yea..semoga menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Dan untuk Ita dan ibu Anis...tima kacih yea kerana sentiasa menyokong produk mas cupcake delight.


Friday, September 21, 2012

Selamat Bertunang - Wan dan pasangannya

Salam,

Cupcake hantaran nie adalah untuk sepupu mas, Wan. Sebenarnya, cupcake ni mas dah buat beberapa bulan yang lepas tapi terlupa lak nak letak di blog nie. Adoooooiiiii......'chek mas' nie dah betul2 terlupa...uwaaaa....sori lah ye wan..kak mas betul-betul terlupa...nak buat camne..Untuk Wan dan pasangannya..selamat bertunang dan semoga pertunangan kalian berkekalan hingga ke jinjang pelamin (dah tak lama lagi dahhh..diaorang nie dah nak melangsungkan perkahwinan..chek mas dah tertinggal keretapiiiiiiii).






Happy Birthday Faizal

Salam,

Birthday cake moist chocolate cake yang diselaputi penuh dengan parutan coklat, disudahi dengan buah strawberi yang ranum dan biskut oreo nie diorder dari Zue untuk tunang kesayangannya, Faizal. Alaa...so..sweet kan?? Ok lah...untuk Zue, tengkiu so much ya...dan untuk Faizal, Happy Birthday ..semoga panjang umur dan murah rezeki...Amin...



Wednesday, September 19, 2012

Blueberry Cheesecake

Salam,

Blueberry cheesecake nie untuk Aini dari Bertam Putra khas untuk anak daranya yang menyambut harijadinya baru-baru nie...Aini request cheesecake nie difrosting dengan fresh cream dan blueberry saja oleh kerana anak dara Aini nie tak makan buah-buahan dan buttercream. So...inilah hasil kejadiannya...harap Aini dan anak dara Aini puas hati yea. Untuk Aini, tima kacih yea kerana sentiasa menyokong produk Mas Cupcake delight..dan untuk anak dara Aini..Happy Birthday yea..semoga menjadi anak yang solehah dan cemerlang dunia akhirat..Amin.

Chocolate Moist Cake

Salam,


Chocolate moist cake nie untuk nurul dari DZue's Lovely Cottage (Bertam Putra) punya..katanya nak rasa untuk majlis perkahwinannya nanti...so, ok tak nurul?? Tima kacih daun keladi ...kalau sedap order lagi...hihihi..

Selamat Bertunang - Rezza & Dhiya

Salam,

Tempahan nie datangnya dari Dhiya untuk majlis pertunangannya. Mula-mula masa Dhiya telefon mas nakkan 3 jenis cake tu, mas ingatkan cuma cupcake aje nak dibuat hantaran..rupa-rupanya...tiga-tiga cake nak dibuat hantaran....ini semuaaaaaa.....Dhiya nak buat hantaran (kata Dhiya)...hihi...Pada Dhiya...tima kacih yea..semoga pertunangan kalian berdua berkekalan hingga ke jinjang pelamin...Amin


 Cupcake Hantaran - Set Baju Pengantin + Ladies Things
 
 
Hoho...jangan jeles lagi....handbag & purse nie jenama Channel tau tapi version 'chek mas' laa..hikhikhik
 

 
Red Velvet Cake
 

 
Strawberry Chocolate Cheesecake.....nyum nyum....dalam dia kannn...ada strawberry dan chocolate bukan setakat diluar saja tau...memang kaya dengan strawberry dan chocolate..

Tuesday, September 18, 2012

Selamat Pengantin Baru - Abu & Shamira

Salam,

Cupcake hantaran dan kek kahwin 3 tingkat nie diorder oleh Laila yang bertugas di KOMTAR untuk anak saudaranya. Laila nak diatas cupcake tu diletakkan 'ladies things' tu dan kek didalamnya chocolate moist cake..manakala, kek kahwin 3 tingkat nie untuk 1st layer dan 3rd layer keknya adalah chocolate moist cake dan 2nd layer keknya butter cake. Tima kacih yea Laila kerana memberi kepercayaan kepada Mas Cupcake Delight....





Jangan jeles...handbag dan purse jenama Channel tau..hihihi
 




Chocolate Moist Cake

Salam,

Chocolate Moist cake nie untuk Hanis dari Bayan Baru, Penang. Katanya pihak dia dan pihak lelaki nak test kek Mas Cupcake Delight nie sedap ke tidak untuk dijadikan pengganti bunga telur dihari bahagia mereka. Alhamdullillah.....komen yang diberikan oleh Hanis memang membuatkan punggung 'chek mas' mengembang lagi....hikhikhik...tengkiu..tengkiu Hanis...Nanti kita jumpa ya!!!


Sunday, September 9, 2012

Marathon cake untuk Fiza

Salam,

Marathon cake?? Bunyinya macam janggal je...tapi itulah hakikatnya dengan 'chek' mas nie yang 'bermarathon' dengan cake...Tempahan nie datangnya dari Fiza dari Bahagian Farmasi Hospital Seberang Jaya. Tima kacih yea Fiza kerana sentiasa memberi kepercayaan kepada Mas Cupcake Delight...mmmmuaahhh love u....

 
Carrot cake with walnut
 
 
Carrot cake with walnut
 
 
Budget cupcake vanilla choc chip flavour
 

Birthday cake untuk Adib anak Fiza
 

Birthday cake untuk Adib anak Fiza

Saturday, September 1, 2012

Budget Doorgift Cupcake

Salam,

Budget Doorgift cupcake yang berperisa Moist Chocolate cake nie diorder oleh Faulina dari Bertam Putra, Kepala Batas. Faulina nie baru berpindah kerja dari Kuantan ke sini...Ok...tima kacih banyak yea Faulina...

Chocolate Moist Cake

Salam,

Chocolate Moist Cake nie untuk iffa and the gang dari Pejabat Buruh Kepala Batas punya. Tima kacih ya iffa kerana selalu menyokong produk Mas Cupcake Delight...mmmuaahhh...love u...