Thursday, February 3, 2011

Happy Birthday Sayang!!

Salam,


Tempahan Tiramisu nie datangnya dari En Rahmat bagi meraikan hari jadi isteri kesayangannya. Waaaa...so loving la En Rahmat nie..siap sayang-sayang lagi....romantik gitu. Untuk Kak Zana...Selamat Hari Jadi, semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa diberkati, bahagia dan sejahtera oleh Yang Maha Esa..



Moist Chocolate Cake

Salam,


Nora!!! Thank you so much....mmmmuuuuaahhhh love u...



Happy Birthday FMS Staff

Salam,


Tempahan ini datangnya dari pihak Faber MediServe yang berlokasi di Hospital Seberang Jaya bagi meraikan warga kerja FMS yang menyambut harijadi masing-masing dari bulan September hingga Disember 2010 dan Januari 2011. Sponge Cake yang berperisa kopi dan chocolate ini mewah berintikan krim, chocolate ganache dan buah strawberry yang segar ranum. Untuk warga kerja FMS yang menyambut hari lahir masing-masing, Mas Cupcake Delight mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir, semoga murah rezeki dan sentiasa diberkati, bahagia dan sejahtera oleh Yang Maha Esa.









Moist Chocolate Cake

Salam,


Terima kasih buat Nora yang telah berkali-kali mengorder kek dan menyokong hasil 'keras tangan' Mas Cupcake Delight....Mmmmmuuuaahhhh...love u!!!



Tiramisu - Makan-makan Time

Salam,


Tiramisu nie diorder oleh cik suamiku untuk santapan rakan-rakan se'kantor'nya. Rakan-rakannya kempunan nak rasa tiramisu buatan Mas Cupcake Delight... So, amacam? dah hilang ke kempunan tu? hehehehe...Selamat Menjamu Selera!!



Hantaran Butter Cake

Salam,


Tempahan hantaran ni datangnya dari Azwa untuk rakannya. Kek yang diminta adalah Butter Cake yang diperbuat daripada mentega yang bermutu tinggi. Tema yang dipilih adalah pink dan ungu. Terima kasih yea Azwa.






Selamat Bertunang Aniza & Firdaus

Salam,


Tempahan ni datangnya Cik Mili 'on behalf' sepupunya Aniza yang tinggal di Perak dan orang yang tolong ambil kek nie Doktor Farah. Mereka berdua nie adalah sepupu sepapat dengan Aniza. Menurut Mili, Aniza nak design yang simple-simple sahaja dan tema nya adalah kuning dan hijau lumut. Cupcakenya pula adalah Chocolate Moist. Walaubagaimanapun, terima kasih yea buat semua yang bekerjasama.