Friday, June 29, 2012

Jom Makan-makan Blueberry Muffin

Salam,

Blueberry muffin yang bersaiz L nie diorder oleh cik suamiku untuk dibawa ke pejabatnya untuk sesi makan-makan. Thanks yea yangggg...mmmmuaahhh love u..
p/s: abaikan tarikh 19/09/2007 tu...tangkap gambar guna kamera murah je...macam tu le kejadiannya..ataupun 'chek' mas nie sendiri tak tahu tangkap gambar?? huhuhu...



Happy Birthday Staff Unit Penguatkuasaan Penang

Salam,

Terima kasih untuk Ita dari Pejabat Mara Pulau Pinang yang mengorder birthday cake on behalf untuk staff Unit Penguatkuasaan mereka.



Happy Birthday Iman Batrisyia

Salam,

Birthday cake yang berbentuk kereta nie diorder oleh Rina dari Hospital Seberang Jaya untuk anak gadisnya, Batrisyia yang menyambut birthdaynya yang ke4. Batrisyia nie sukakan McQueen...so, makcik mas nie pun buatlah kek berbentuk kereta yang dok tersengih tu....ok la kot nooo....Rina...thank you so much ya kerana sentiasa menyokong produk Mas Cupcake Delight.




Birthday cake Spiderman

Salam,

Birthday cake yang ada spiderman dok tengah merangkak nie diorder oleh Kak Ani dari Bertam Putra, Kepala Batas untuk anak lelakinya. Ini adhoc order sebenarnya dimana tetiba saja pihak taska tempat anaknya belajar nak buat sambutan birthday untuk para pelajar yang mana sepatutnya majlis tu dibuat pada minggu depan. Jadi ibubapa pakat kelamkabut la sikit dok cari birthday cake untuk anak mereka masing-masing. Walaumacammanapun...tima kacih yea kak ani...





Zafran is 1

Salam,

Birthday cake yang berbentuk No.1 nie diorder oleh Fatin dari Taman Pauh, Permatang Pauh untuk anak sulungnya, Zafran. Zafran nie sukakan bowling..jadi atas keknya pun mak dia nak taruh bowling jugak.. Happy Birthday yea Zafran...semoga menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat...Amin. Fatin...thanks yea




Happy Wedding Day & Happy Birthday


Salam,

Snickers Cheesecake with caramel sauce nie diorder oleh Niza untuk dihadiahkan kepada adik lelakinya yang baru saja melangsungkan perkahwinan dan sekaligus birthdaynya sekali. Haiiii...untungnya adik si Niza nie kan.....ada kakak yang bagi 'present' cheesecake untuk adik dia..so, selamat menjamu selera lah yea..and Niza...tima kacih untuk order mu itu dan pujian kesedapan kepada ku....hihihi..mengembanglah sekejap...






Budget Cupcake

Salam,


Budget doorgift cupcake nie diorder lagi oleh Rina dari Hospital Seberang Jaya untuk birthday anak buahnya. Thanks yea Rina kerana sentiasa menyokong produk Mas Cupcake Delight..


Thursday, June 14, 2012

Selamat Pengantin Baru - Adlina & Pasangannya

Salam,

Kek hantaran ini ditempah oleh Adlina untuk majlis perkahwinannya. Untuk Lin dan pasangannya..Selamat Pengantin Baru yea dan semoga berbahagia selalu. Dan tima kacih bebanyak yea Lin kerana sentiasa menyokong produk Mas Cupcake Delight.....mmmmmuaaahhh...love u


Muffin & Cake Marathon Untuk Siti Rohaiza

Salam,

Bunyi 'title' tu agak "ganas"kan??. Tapi bagi Mas memang "mengganaskan" sebab sepanjang minggu cuti sekolah baru-baru nie memang untuk memenuhi tempahan Siti Rohaiza yang melangsungkan perkahwinannya dengan pasangannya, Arm selain memenuhi tempahan yang lain. Sebelum nie, Siti pernah membuat tempahan cupcake hantaran pertunangannya yang mana setiap biji cupcake tu ada barangan lelaki yang pertama kali mas buat. Siti nie seorang yang 'simple' dan nakkan kek hantaran dan kek kahwinnya pun agak simple tetapi dalam 'kesimplelan'nya tu pun agak susah untuk dibuat...maklum lah mas ni pun bukan pandai sangat...tapi Alhamdullillah...semua berjalan lancar....Untuk Siti Rohaiza dan pasangannya.. Mas Cupcake Delight mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga perkahwinan kalian kekal bahagia hingga ke hujung nyawa...Aminnnn...dan terima kasih juga kerana sentiasa memberi peluang mas mencuba sesuatu yang baru dan mas sungguh senang berurusan dengan siti.

Budget Muffin (vanilla & chocolate flavour)



Kek Hantaran (Chocolate Moist Cake)




Kek Kahwin 2 Tingkat (Carrot Walnut Cake)



Wednesday, June 13, 2012

Budget Cupcake

Salam,


Budget cupcake yang berperisa vanilla chocolate chip yang diletak dalam kotak rama-rama ini diorder oleh Syikin dari Penaga untuk kenduri kahwin abangnya. Sori yea gambar agak 'bluuuurrr'' sikit sebab tuan yang tangkap gambar ni pun dok tengah kelam kabut menyiapkan order yang lain. Cupcake ni pun takdan dah nak make up dan berfotogenik...adehhhh.. harap terima la yang seadanya..Tima kacih yea Syikin....

Selamat Pengantin Baru - Asma' Dan Ben Baz

Salam,

Tempahan cupcake hantaran set baju pengantin ini dari Cikgu Zaleha on behalf anak saudaranya yang tinggal di Kuala Lumpur. Sebelum nie Cikgu Zaleha pernah membuat tempahan dengan Mas. Tima kacih bebanyak yea cikgu kerana sentiasa menyokong produk Mas Cupcake Delight.




Selamat Bertunang - Ira & Wan

Salam,

Kek hantaran nie diorder oleh Dila dari Lahar Kepar Kepala Batas on behalf kakaknya yang bertunang. Dila sebelum nie dah pernah tempah kek hantaran untuk hari perkahwinannya. Tima kacih bebanyak yea Dila kerana sentiasa menyokong produk Mas Cupcake Delight.



Triffle Butter Cake

Salam,

Triffle nie untuk Ija dari Maybank...anak Ija nie suka sangat dengan triffle nie..thanks yea Ija...mmmuaahhh.....

Happy 1st Birthday Fawaz

Salam,

Strawberry cheesecake nie diorder oleh Ita dari Pejabat Mara Pulau Pinang untuk birthday anaknya. Sepatutnya atas cheesecake tu dideco dengan buah strawberry. Boleh dikatakan semua supermarket mas pergi cari, tapi apakan daya...semua supermarket kehabisan stok buah tu kerana bukan musim buah strawberry lagi..so, terpaksa lah mas deco dengan buah anggur..thanks ye Ita kerana memahami kesulitan hal tu..dan..Tima kacih bebanyak yea Ita kerana sentiasa menyokong produk Mas Cupcake Delight.


Tuesday, June 12, 2012

Blueberry Cheesecake

Salam,

Blueberry cheesecake nie diorder oleh Mariam dari Pejabat Mara Pulau Pinang untuk makan-makan seisi keluarga. Selamat menjamu selera yea...and thanks yea mariam...


Happy Birthday Atif & Lily And We Love U Ayah & Mak

Salam,


Tempahan kali nie dari Kak Nani dari Pejabat Mara Pulau Pinang untuk meraikan hari lahir puteri kesayangannya dan sambutan hari ibunya. Untuk birthday cake tu, kak nani nakkan choc moist cake dan celebration kek untuk ibu & ayahnya tu adalah red velvet cake. Kak Nani..thanks yea dan harap-harap puas hati dengan decoration cake tu...


Selamat Hari Lahir HSJ Pharmacy Staff - May till June

Salam,


Tempahan ini diorder oleh Ayuni dari Farmasi HSJ  untuk meraikan staff-staff farmasi HSJ bagi bulan Mei hingga Jun. Untuk kali ini selain daripada chocolate moist cake, Ayuni mencuba pula Snickers with caramel sauce Cheesecake . Thanks yea Ayuni...




Happy Birthday Luqfil Hadi

Salam,

Birthday cake nie diorder oleh As dari Pejabat Mara Pulau Pinang untuk putera kesayangannya, Luqfil Hadi yang menyambut harijadi nya yang ke-4. Happy Birthday yea Luqfil...semoga hidupmu sentiasa diberkati olehNYA...tima kacih yea As...



Happy Birthday Aisyah Umairah

Salam,


Birthday cake yang berperisa Vanilla & chocolate sponge cake nie diorder oleh Ayuni dari Farmasi Hospital Seberang Jaya untuk meraikan birthday puteri kesayangannya, Aisyah Umairah yang Ke3 tahun. Ayuni nie order 2 biji cake tu..satu untuk birthday anaknya dengan nombor 3 yang besar diatas kek dan satu lagi untuk babysitter anaknya.. Untuk Aisyah...Happy Birthday yea...semoga sentiasa cemerlang didunia dan diakhirat....thanks yea Ayuni.


We Love U Mak

Salam,

Kedua-dua biji carrot walnut cake nie diorder oleh Azrina untuk meraikan Hari Ibu (untuk ibunya dan ibu mertuanya). Thank you very much yea Rina kerana sentiasa menyokong produk Mas Cupcake Delight. Untuk ibu-ibu diluar sana dan terutamanya ibuku yang amat-amat ku sayangi....Selamat Hari Ibu...terima kasih untuk segala-galanya....

Budget Cupcake

Salam,

Budget cupcake nie diorder oleh Azrina untuk potluck sekolah anaknya...thanks yea Rina...


Choc Addict Cupcake

Salam,

Cupcake nie diorder oleh Ija and the gang dari Maybank...thanks yea Ija...


ini untuk gang Ija punya....




yang nie untuk Ija and family punya...betul2 choc addict

Happy Nurses Day

Salam,

Tempahan carrot walnut cake nie diorder oleh suami Azrina yang mana dia seorang doktor untuk meraikan Hari Jururawat para jururawat yang bertugas di Hospital Besar Pulau Pinang.  Untuk semua para jururawat....semoga kalian terus maju dan cemerlang dalam profession anda.